Jenis Keahlian
Syarat-syarat Keahlian
|
Ahli Biasa
|
- Isteri anggota
Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan di Malaysia;
- Anggota wanita di
semua peringkat kumpulan Perkhidmatan Awam di Malaysia;
- Isteri anggota
Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah
bersara atau meninggal dunia;
- Isteri anggota
Perkhidmatan Awam yang diceraikan;
- Anggota wanita
Perkhidmatan Awam yang telah bersara;
- Ahli-ahli dari
agensi-agensi Kerajaan yang telah diswastakan
Ahli
biasa berhak bersuara, mengundi dan memegang sebarang jawatan dalam
Persatuan.kecuali kategori
Ahli Bersekutu
- Ahli bersekutu
terbuka kepada:
- Isteri anggota
Perkhidmatan Awam yang belum menjadi warganegara Malaysia;
- Pekerja wanita yang
digajikan oleh Persatuan
- Ahli bersekutu layak
menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara
tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang sebarang jawatan dalam
Persatuan;
- Keahlian seseorang
ahli bersekutu dalam kategori 1)i) di atas akan luput dengan sendirinya
apabila suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan
kerajaan;
Keahlian
seorang ahli bersekutu dalam kategori 1)ii) di atas akan luput dengan
sendirinya apabila ia berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan
Persatuan.
Ahli Gabungan
Ahli Gabungan
- Ahli gabungan terbuka
kepada Persatuan wanita yang telah didaftarkan di Kementerian/Jabatan dan
diberi status yang sama seperti ahli biasa;
- Keahlian ahli
gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT)
berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan
- Keahlian ahli
gabungan juga terbuka kepada Persatuan yang mewakili anggota wanita dalam
Perkhidmatan Awam dan isteri anggota Perkhidmatan Awam.
Ahli Kehormat
Yang
DiPertua dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) boleh melantik
ahli kehormat di kalangan wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang
boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai kuasa untuk
mengundi di dalam apa-apa mesyuarat.
Ahli Seumur Hidup
- Bekas Yang Dipertua
secara automatik akan menjadi Ahli Seumur Hidup;
- Ahli-ahli biasa yang
membayar yuran seperti yang ditetapkan;
- Ahli-ahli seumur
hidup dari agensi-agensi Kerajaan yang telah diswastakan, akan terus kekal
menjadi ahli tetapi tidak berhak mengundi atau memegang sebarang jawatan
dalam Persatuan;
- Ahli seumur hidup
mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri
mesyuarat, bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan,
Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-mesyuarat Agung di peringkat Cawangan dan
boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kerja Tertinggi
(JKT) dan Ahli Jawatankuasa Cawangan; "Lima orang perwakilan daripada
Ahli Seumur Hidup dipilih untuk menghadiri Mesyuarat Agung
Perwakilan".
Ahli Tidak Hadir
- Ahli biasa yang perlu
berada di luar negera bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6
bulan.
Permohonan Menjadi Ahli
Permohonan
menjadi ahli hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan dan secara on-line, dan
dihantar kepada Setiausaha Cawangan yang berkenaan yang seterusnya hendaklah
mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan
tertentu untuk pertimbangan. Ahli-ahli kakitangan kerajaan Persekutuan yang
berkhidmat di negeri hendaklah menyalurkan permohonan kepada Setiausaha
Cawangan negeri di mana ia berkhidmat.
Permohonan-permohonan
menjadi ahli di tempat di mana Cawangan berkenaan belum ditubuhkan hendaklah
diuruskan dengan mengisi borang atau secara on-line kepada PUSPANITA
Kebangsaan.
Jawatankuasa
PUSPANITA Cawangan berkuasa menerima atau menolok permohonan menjadi ahli tanpa
memberi apa-apa sebab.
Permohonan
untuk Ahli Seumur Hidup hendaklah berurusan terus dengan Setiausaha Agung
PUSPANITA.
Larangan Menjadi Ahli
Seseorang
pemohon yang layak menjadi ahli mengikut syarat di perenggan 8.1 di atas tetapi
masih menjadi seorang pelajar universiti/kolej tempatan, tidak boleh diterima
menjadi ahli Persatuan kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib
Canselor Universiti atau Pengetua Kolej berkenaan;
Keahlian akan luput apabila suami seseorang ahli itu ataupun ahli itu sendiri berhenti atau diberhentikan daripada berkhidmat dengan Kerajaan.
Keahlian akan luput apabila suami seseorang ahli itu ataupun ahli itu sendiri berhenti atau diberhentikan daripada berkhidmat dengan Kerajaan.
Yuran
Yuran Keahlian
Ahli Biasa
1. Isteri
pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi:
- Yuran Masuk : RM20.00
- Yuran Tahunan:
RM30.00
2.
Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional:
- Yuran Masuk : RM20.00
- Yuran Tahunan:
RM16.00
3. Isteri
pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan I (Kategori V –
IX):
- Yuran Masuk : RM10.00
- Yuran Tahunan :
RM10.00
4. Isteri
pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan II (Kategori X – XI):
- Yuran Masuk : RM2.00
- Yuran Tahunan :
RM4.00
Yuran
tahunan dan yuran masuk adalah setengah daripada kadar yuran yang dikenakan
keatas ahli biasa mengikut kumpulan atau tanggagaji yang serupa dengan
kumpulan yang berkenaan.
Ahli Gabungan
- Yuran adalah sama
dengan yuran ahli yang didaftarkan.
Ahli Kehormat
- Tidak dikenakan
apa-apa bayaran.
Ahli Seumur Hidup
- Membayar yuran yang
ditetapkan iaitu RM100.00.
Ahli Tidak Hadir
1. Ahli
biasa yang perlu berada di luar negeri bagi sesuatu tempoh tidak kurang
daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi
tempoh ia berada di luar negeri;
2. Permohonan
secara bertulis hendaklah dibuat kepada Bendahari Cawangan
yang hendaklah mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Cawangan.
Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan dari
membayar yuran.
Semua yuran tahunan hendaklah dibayar pada awal tahun. Yuran boleh dibayar melalui Bendahari Cawangan berkenaan.
Ahli-ahli
yang tidak membayar yuran tahunan lebih daripada 3 tahun berturut-turut akan
dihantar surat peringatan daripada atau bagi pihak Setiausaha. Jika tidak
dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai seorang ahli
sehingga tunggakan yuran dibayar.
Ahli
yang berhutang yuran tahunannya melebihi 5 tahun berturut-turut akan dengan
sendirinya gugur daripada menjadi ahli.
No comments:
Post a Comment